TEMERLOH – Seorang gadis lembam, Nurul Aliya Zulkifli, 20, ditemui selamat hari ini selepas dilaporkan hilang sejak 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, gadis itu pulang ke rumahnya Taman Temerloh Jaya pada pukul 3 pagi.
“Nurul melarikan diri ke Kuala Lumpur dan kemudian balik sendiri ke pangkuan keluarga. Dengan kepulangan gadis itu menyelesaikan kes kehilangan yang dilaporkan sebelum ini,” katanya meneruosi kenyataan hari ini.
Terdahulu media melaporkan kehilangan seorang gadis yang keluar membuang sampah di hadapan rumahnya di Taman Temerloh Jaya yang menimbulkan tanda tanya ke mana mangsa menghilang dalam sekelip mata.
Nurul Aliya hilang sejak 6 Oktober lalu dan laporan polis telah dibuat oleh bapanya pada 7 Oktober lalu.
Sebelum ini, Mazlan meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan gadis tersebut yang dilaporkan hilang dari lokasi membuang sampah yang terletak lima meter di depan rumah pada hari kejadian.
Ketika kejadian Nurul Aliya memakai baju putih belang biru, berseluar hitam dan selipar jenama Adidas ketika kali terlihat. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: