Polis dan TNB memotong bekalan elektrik 2 premis di Kluang, semalam, kerana menjalankan aktiviti loteri haram dan judi dalam talian

KLUANG – Taktik 12 premis di bandar ini yang menjalankan aktiviti loteri haram dan judi dalam talian dengan berselindung di sebalik perniagaan antaranya kedai makan dan kedai runcit terbongkar selepas polis melakukan serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan serbuan pada pukul 10.30 pagi.

“Dalam operasi bersepadu itu pihak polis dan TNB memotong bekalan elektrik di premis terbabit. Tindakan itu dilakukan bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan aktiviti tersebut boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu ujarnya, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-778 4222, talian terus 07-778 4256, hotline 07-776 6822 atau teblet DCC  014-365 6822.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here