Dalam insiden semalam, seorang ibu dan anaknya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka dihempap sebatang pokok sawit yang tumbang di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis.

KUANTAN – Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden dua beranak dihempap kelapa sawit ketika menunggang motosikal semalam tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis . Superintendan Ismail Man berkata, saksi boleh membantu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-312 1999.

Dalam insiden berkenaan, seorang ibu dan anaknya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka dihempap sebatang pokok sawit yang tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis.

Dalam nahas kira-kira 1 tengah hari itu, penunggang motosikal, S. Dhanalekchumi, 37, dari Taman Teratai, Benta cedera di leher manakala anaknya, K Tanushrou, 7, cedera parah di kepala dan dada.

“Kemalangan berkenaan yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Ismail,  apabila sampai di tempat kejadian, cuaca buruk dengan angin kencang sebelum tiba-tiba sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang lalu menghempap kedua-dua mangsa.

Akibat insiden berkenaan, kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lipis. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here