Para peserta Attana Hotels & Resorts yang menyertai CSR di Pantai Senok, Kota Bharu.

KUALA LUMPUR – Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd menganjurkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengadakan aktiviti pembersihan pantai dan menanam pokok di beberapa hartanah milik syarikat baru-baru ini.

Penganjuran aktiviti ini bertujuan memulihara alam sekitar yang disertai 245 peserta.

Ia diadakan di Perdana Kuala Lumpur City Centre, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara, Villea Port Dickson, Villea Rompin Resort & Golf, Villea Morib, dan Kota Seriemas Golf & Country Club.

Usaha CSR ini melibatkan pembersihan pantai di tiga lokasi Utama iaitu di Pantai Senok di Kota Bharu; Pantai Blue Lagoon di Port Dickson, dan Pantai Morib di Banting.

Para peserta membersihkan Pantai Tanjung Biru, di Port Dickson.

Aktiviti ini, yang dijalankan bersama pelbagai pihak berkuasa tempatan dan organisasi seperti Majlis Daerah, SWCorp dan UMW untuk memulihkan keindahan semula jadi kawasan pesisir pantai ini sambal mempromosikan kepentingan menjaga kawasan pantai bebas sampah.

“Kami percaya menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan ia sesuatu yang mesti kita semua ambil bahagian. Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk memberi kesan yang bermakna kepada alam sekitar sambil menyokong komuniti hotel dan resort kami beroperasi,” kata Ketua Pegawai Operasi Attana Hotels & Resorts, Ron Hasni Yusoff.

Aktiviti CSR ini menyerlahkan komitmen berterusan Attana Hotels & Resorts terhadap pemuliharaan alam sekitar, selain meningkatkan keindahan kawasan pesisir pantai Malaysia.

Para peserta program CSR Attana Hotels & Resort menanam pokok di Pantai Morib, Banting.

“Kami sangat berbangga dengan kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kakitangan dan sukarelawan kami semasa aktiviti CSR ini, secara tidak langsung menggalakkan perpaduan dan rasa tujuan bersama dalam kalangan peserta” ujar Ron Hasni.

Tambah beliau, inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka pengalaman dan pengetahuan berharga dalam menghargai alam sekitar demi generasi akan datang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here