Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pendedahan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 telah mencalar imej Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi, Anwar masih membisu terhadap dakwaan yang dibuat oleh Shamsul.

“Shamsul adalah Ketua Setpol PMX. PMX macam merastui parti parti dalam Kerajaan Madani mengkritik sesama sendiri,” dakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Pemimpin UMNO ini secara sinis mempersoalkan kalau pun dibuat kiraan semula, apa jaminan Shamsul akan menang?

“Ada tempat, majoriti lebih kecil dari itu. Tetapi ia tidak mengubah keputusan walaupun kiraan semula dibuat,” ujarnya.

Bagaimanapun, dalam situasi itu, Puad mendakwa Shamsul yang salah kerana beliau perlu mengutamakan moral bukan jawatan Anwar.

Lantaran itu, beliau mempersoalkan apa motif Shamsul membawa cerita karut itu sekarang.

“Lebih baik dia buat laporan polis. UMNO tidak rugi apa apa. Bagan Datoh tetap milik UMNO. Imej PMX yang calar,” ujarnya.

Terdahulu tular video Shamsul Iskandar mendakwa beliau diminta oleh Presiden PKR untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid.

Menurut Shamsul, beliau mahu pengiraan semula kertas undi berikutan perbezaan undi tipis sebanyak 348 dan ketika itu dia bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

“Dia (Anwar) telefon, dia kata, ‘Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tanda tangan untuk menubuhkan kerajaan’,” kata Shamsul dalam podcast “Apa Cerita”.

Shamsul berkata, dengan 82 kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH), gandingan dengan BN boleh memberikannya majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here