Mpox - Gambar Hiasan

KIGALI – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) pada khamis lalu, merekodkan 50 kematian baharu akibat Mpox, menjadikan jumlah keseluruhan kematian berjumlah 1,100 sejak awal tahun ini.

Menurut Agensi Anadolu, Ketua Pengarah Africa CDC Jean Kaseya, berkata sebanyak 42,438 kes mpox telah direkodkan di 18 negara Afrika.

“Kira-kira 3,051 kes baharu direkodkan pada minggu lepas, dengan wabak baharu dilaporkan di Zimbabwe dan Zambia.

“Terdapat peningkatan sebanyak 380 peratus dalam kes Mpox tahun ini berbanding tahun lepas,” katanya.

Untuk rekod, Wilayah Afrika Tengah menyumbang 86.4 peratus daripada semua kes yang dilaporkan. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here