Keadaan Gaza yang musnah diserang Israel.-Foto AFP

GAZA – Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh manakala 93 yang lain cedera selepas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim zionis di Semenanjung Gaza, kelmarin.

Menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan telah mengesahkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,438 orang manakala 99,246 individu dilaporkan cedera.

Menurut sumber, sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, yang sebahagian besarnya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Ini kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here