Seorang penerima STR mengambil bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di BSN Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa kenaikan bantuan sara hidup kepada rakyat.

Ia merupakan usaha bagi memperbaiki pengurusan, meluruskan ketempangan, mengelak ketirisan termasuk kebijakkan penyasaran subsidi dan peluasan asas hasil bagi mengupayakan bantuan lebih bermakna kepada rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran itu Perdana Menteri memaklumkan, peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM10 bilion pada tahun lepas kepada RM13 bilion tahun depan.

Katanya, peningkatan itu akan terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.

“Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, ketimbang (berbanding) 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, bagi kategori bujang pula masing-masing akan menerima STR sebanyak RM600.

Jelasnya, penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700 sebelum ini.

“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat,” ujarnya.

Perdana Menteri memberitahu, bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan RM1.7 bilion. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

    • salam tuan kalau tak masuk boleh semak dgn bank yg tuan ada akaun tu atau semak dgn lhdn yg terdekat. Jgn diam begitu saja pastu buat fitnah ya. TQ

  1. Jujur Tenang Sihat Sejahtera Aman Damai Setia suci selamat berkesan bahagia dan tepat tetap sihat tenang sihat tenang sihat sejahtera aman damai sentosa suci selamat berkesan bahagia adab sopan santun sanjung Melayu Majmuk suci selamat berkesan sejahtera sihat tenang sihat tenang sihat tenang sihat tenang sihat tenang sihat tenang tenang tenang tenang tenang dan damai sentosa setia dan tepat tetap setia mesra alam damai sentosa suci selamat berkesan bahagia adab sopan santun sanjung Melayu Majmuk suci selamat berkesan sejahtera sihat tenang sihat tenang sihat tenang sihat tenang sihat tenang mudah pantas berkesan bahagia adab sopan santun sanjung tinggi setia mesra alam mesra alam mesra alam mesra alam mesra alam mesra alam mesra alam damai sentosa suci selamat berkesan sejahtera semua setia mesra alam damai sentosa suci selamat berkesan sejahtera pantas mudah pantas mudah pantas mudah pantas mudah pantas mudah pantas mudah selamat pantas berkesan untuk semua setia mesra alam damai sentosa suci selamat berkesan tenang sihat sejahtera suci selamat sejahtera

Comments are closed.