Emmanuel Macron President of the French Republic (Photo by Paolo Manzo/NurPhoto via Getty Images)

BRUSSELS – Kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar merupakan satu titik perubahan penting kerana membuktikan kejayaan ketenteraan Israel.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata demikian, dalam satu sidang akhbar di Brussels, Belgium selepas pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah.

“Peluang ini perlulah digunakan untuk membebaskan semua tebusan dan menghentikan peperangan.

“Gencatan senjata di Gaza akan membuka ruang dialog politik yang adil bagi kedua-dua pihak, Israel dan Palestin,” katanya.

Macron juga menyeru usaha bersama rakan kongsi antarabangsa termasuk Israel, negara Arab, dan Amerika bagi memastikan keselamatan Israel dan memulakan proses penyelesaian dua negara.

Sebelum ini, tentera Israel mengesahkan Ketua Hamas, Yahya Sinwar, di selatan Gaza, terbunuh dalam serangan oleh Komando Selatan Israel.

Rakaman dron menunjukkan Sinwar sedang bersendirian dalam sebuah pangsapuri dan cuba melempar kayu ke arah dron, sebelum pangsapuri berkenaan diletupkan.

Askar IDF Briged 828 (Bislach) yang beroperasi di kawasan itu menghapuskan tiga individu, dan Israel mengesahkan Yahya Sinwar telah mati selepas proses pengecaman mayat. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here