Bangunan Parlimen sempena Belanjawan 2025 di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji lebih 3,000 undang-undang lapuk yang masih diguna pakai sehingga kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu Pasukan Reformasi Perundangan akan ditubuhkan bagi menerajui pengemaskinian undang-undang sedia ada.

Ini khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.

Serentak itu peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dinaikkan kepada RM209 juta dalam Belanjawan 2025 berbanding RM194 juta sebelum ini.

Kerajaan katannya, akan membentangkan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna pada mesyuarat akan datang.

“Sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan bagi mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, pemajakan bukan bank dan “Beli Sekarang Bayar Kemudian”, katanya dalam pembentangan Belanwajan 2025, hari ini.

Katanya, peranan institusi kehakiman sebagai badan bebas akan terus diperkasa.

Lebih RM60 juta disediakan bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuk pembangunan sistem e-Kehakiman yang menyokong agenda digital. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here