Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) sedang mengkaji pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP keluarga terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata, kajian itu dilakukan sebagai persediaan ke arah negara menua.

Anwar berkata, kerajaan juga bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum dalam KWSP.

Langkah itu antara komitmen kerajaan untuk memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Kerajaan juga bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030.

Bagi menggalakkan lebih ramai pekerja tidak formal dan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan insentif padanan i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 20 peratus ketimbang 15 peratus, tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan RM500 atau RM5,000 seumur hidup.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here