M
Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Bekas menteri pendidikanq Maszlee Malik menafikan telah membocorkan memo dalaman daripada Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung kebebasan bersuara kakitangan termasuk ahli akademik.

Ahli jawatankuasa pusat PKR itu menafikan laporan sebuah portal berita  dengan menegaskan, surat pekeliling tersebut bukan rahsia.

Come on Malaysiakini BM. Saya faham anda ingin bermain dengan clickbait untuk memancing para pembaca, namun tajuk ini mencerminkan tidak teliti dan tidak cermat pelaporan.

“Mengapa? Surat pekeliling itu bukannya sulit atau rahsia. Semua pihak di UKM terima. Mana timbul pulak bocornya?” soal Maszlee dalam kenyataan di Facebook.

Menurutnya, ciapan mengenai pekeliling di X adalah berkaitan aduan rakan akademik yang menyentuh bagaimana Akta 605 digunakan terhadap ahli akademik dari membuat apa-apa kenyataan berhubung kerajaan dan keputusan-keputusan kerajaan dan bukan larangan memburukkan kerajaan

Maszlee berkata, beliau cuba membawa isu Akta 605 yang menyekat kebebasan akademik dan mendakwa pernah cuba untuk meminda akta berkenaan semasa menjadi menteri pendidikan.

“Buatlah homework sikit reporter oi. Barulah nampak kualiti Malaysiakini. Apa pun terima kasih kerana sudi melaporkan isu yang di pandang sepi oleh massa tetapi amat bermakna buat para cendikiawan dan ahli akademik di seluruh negara.

“Jika boleh dapatkan input dari kesatuan-kesatuan akademik dan akademi professor mengenai isu ini,” kata Maszlee.

Terdahulu portal Malaysiakini mendakwa Maszlee membocorkan memo dalaman daripada Jabatan Pendaftar UKM.

Laporan itu menyebut dalam perkongsian di X, memetik Maszlee berkata, dia menerima dokumen berkenaan daripada rakan akademik yang mesejnya berbunyi:

“Tuan, harap anda sihat. Hari yang menyedihkan bagi ahli akademik Malaysia di mana Akta 605, pembunuh kebebasan akademik sebenar, telah diterjemahkan ke dalam tindakan. Secara teknikalnya semua penyelidik dasar di UKM diisytiharkan pekerjaan mereka sebagai sulit.”

Laporan itu menyebut, memo bertarikh 8 Oktober itu mengingatkan ahli akademik supaya tidak membuat kenyataan awam, termasuk di media sosial, melainkan dibenarkan atau diberi mandat berbuat demikian.

Ia menyatakan bahawa peringatan kepada semua pegawai awam datang daripada Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar melalui mesyuarat pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.

UKM dalam kenyataan menafikan dakwaan kononnya institusi pendidikan awam itu menghalang kebebasan bersuara kakitangannya termasuk ahli akademik.- MalaysiaGazette

UKM pertahan kebebasan akademik

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here