Gambar hiasan

ISTANBUL – Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menafikan dakwaan seorang kakitangannya terbunuh bersama pemimpin Hamas, Yahya Sinwar di Semenanjung Gaza.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini menyifatkan dakwaan tersebut adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu untuk mencemarkan agensi dan kakitangannya.

“Kakitangan berkenaan masih hidup dan kini menetap di Mesir bersama keluarganya, setelah berpindah melalui sempadan Rafah pada April lalu,” katanya.

Beliau menegaskan, Israel perlu menghentikan penyebaran maklumat palsu.

Terdahulu, tentera Israel mendakwa Yahya Sinwar terbunuh dalam letuapan yang berlaku di sebuah pangsapuri dan mengakui tiada tanda kehadiran tebursan di lokasi serangan.

Sinwar merupakan ketua politik Hamas pada Ogos, menggantikan Ismail Hanieyah, yang dibunuh di ibu negara Iran, Tehran selepas menghadiri upacara angkat sumpah presiden ke 31 Julai lalu. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here