KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan bertembung dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 146 Jalan Kuala Lumpur- Kuantan dekat Temerloh awal pagi tadi.
Ketua Polis Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata mangsa lelaki berusia 30 tahun dan tidak bekerja disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.
Bagaimanapun, pemandu trailer berusia 27 tahun beralamat di Kuala Krai, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pihak polis menerima maklumat dari orang awam, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Yamaga Ego dan lori treler jenis Nissan pada insiden 3 pagi.
“Kemalangan berlaku apabila mangsa dari arah Kuantan menghala ke arah Kuala Lumpur dan pembandu treler dari arah Kuantan.
“Apabila perjalanan sampai di lokasi kemalangan, dipercayai tiba-tiba penunggang motosikal gagal mengawal motosikal lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan teler yang sedang bergerak di lorong kanan menghala ke Kuantan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi.
Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette