wanita kecoh di stesen minyak dan cuba menyerang pelanggan dengan buluh tular di media sosial sedang disiasat polis Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Polis melakukan siasatan terhadap seorang wanita yang didakwa menyerang seorang individu dengan menggunakan sebatang buluh di sebuah stesen minyak di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 10.36 malam Khamis lalu daripada penyelia stesen minyak tersebut.

Katanya, pengadu dalam laporan itu menyatakan bahawa pada jam 7.50 petang, seorang wanita memakirkan kerata uang dipandunya di belakang sebuah kenderaan lain, menyebabkan pemiliknya tidak boleh keluar.

“Pada masa sama, terdapat pelanggan lain berada di situ meminta pemandu wanita itu mengalihkan kenderaannya, namun telah dimarahi.

“Akibat itu, berlaku kekecohan selepas wanita itu dikatakan cuba menyerang pelanggan itu dengan sebatang buluh sebelum berjaya dihalang orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hafiz, susulan kejadian itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah dan kes disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor A. Aruneswaari di talian 012-6972996 atau tampil di balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here