Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  berkenan menaiki helikopter meninjau melalui udara keadaan terkini banjir di daerah Temerloh hari ini

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau keadaan banjir di daerah Temerloh.

Menurut kenyataan Kesultanan Pahang, baginda mengambil kesempatan untuk melihat sendiri kawasan berkenaan dari udara, termasuk Kampung Batu Kapur, selepas terjejas teruk akibat banjir sejak beberapa hari lalu.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan musim banjir kali ini lebih awal berlaku. Saya harap semua penduduk dengar arahan pegawai kerajaan.

“Jika perlu pindah, jangan ingkar. Pihak kerajaan juga perlu lebih proaktif dan tidak pilih kasih dalam menyalurkan bantuan,” titah baginda.

Sehingga kini, terdapat 1,418 mangsa banjir melibatkan 411 buah keluarga dipindahkan ke enam buah {usat Pemindahan Sementara (PPS)  sekitar Temerloh. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here