Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 06 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang bakal menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, apabila CCA ini diluluskan, Suruhanjaya Kredit Pengguna (CCC) akan ditubuhkan sebagai pihak berkuasa baharu yang mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit di Malaysia.

Pada masa ini, Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) yang diterajui oleh Kementerian Kewangan, BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah ditugaskan untuk memuktamadkan CCA dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan.

“CCC akan mengawal selia pelbagai entiti yang pada masa ini tidak tertakluk pada mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan di Malaysia.

“Entiti ini termasuk syarikat ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (Buy Now Pay Later, BNPL), syarikat pemfaktoran dan pemajakan bukan bank, pembeli pinjaman terjejas, agensi pengutip hutang dan agensi kaunseling serta pengurusan hutang,” katanya yang pembentangan Belanjawan 2025 semalam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here