Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Likas

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat sehingga peringkat akar umbi terutama golongan miskin dan miskin tegar dapat menikmati pelbagai inisiatif yang disediakan dalam Belanjawan 2025.

Beliau berkata antara inisiatif penting belanjawan itu ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dinaikkan kepada RM13 bilion dalam Belanjawan 2025 berbanding RM10 bilion sebelum ini.

“Sekarang SARA kita luaskan kepada 700,000 orang, STR itu sekarang cecah sembilan juta orang, maknanya sekarang kesemua B40 juga M40 dapat manfaat. Pegawai daerah, penghulu, ketua kampung pastikan orang miskin tidak terlepas peluang ini. Saya sudah pesan tidak mahu ada tercicir.

“Maknanya, kerajaan Persekutuan jamin setiap keluarga … pendapatan campur semua kemudahan diberi kerajaan Persekutuan tidak kurang RM1,000 sebulan mesti masuk akaun dia. Tidak banyak negara buat (seperti) Malaysia MADANI laksanakan, setiap rakyat tidak ditinggalkan,” kata beliau berucap merasmikan Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Likas di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan Sabah. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here