Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memperlihatkan rangsangan dalam mengukuhkan lagi daya saing ekonomi di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kerajaan Johor merakamkan penghargaan Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang mendapat perhatian khusus dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam.

“Inisiatif JS-SEZ menjadi salah satu langkah penting yang diketengahkan dalam belanjawan ini di samping insentif menarik yang ditawarkan melalui Zon Kewangan Khas (SFZ) yang akan memperkukuhkan lagi daya saing ekonomi Johor.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Kerajaan Persekutuan di atas pengumuman kesinambungan projek-projek pembangunan di Johor seperti pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Hospital Sultanah Aminah 2, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan lain-lain.

“Semoga segala perancangan dan usaha ini dapat memberi manfaat kepada Bangsa Johor secara keseluruhan,” ujar beliau dalam Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, beliau akan memberi amanat dalam pembentangan Belanjawan Johor 2025 tidak lama lagi.

Pembentangan belanjawan negeri itu akan menyentuh pelbagai inisiatif, perancangan, bantuan dan pembangunan.

Katanya, ini akan memberi manfaat serta keyakinan bahawa kerajaan negeri memandang serius tentang kepentingan rakyat.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here