Harimau yang dipercayai membaham dua mangsa sehingga mati berjaya ditangkap Perhilitan. Foto: Media Sosial

KUALA LUMPUR – Seekor harimau belang yang dipercayai membaham dua mangsa di Gerik dan di Batu Melintang, Jeli, Kelantan baru-baru ini berjaya ditangkap.

Rakaman video harimau berkenaan masuk perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsian, difahamkan harimau ini memasuki perangkap yang dipasang di lokasi dekat Jeli.

Harimau ganas itu berjaya ditangkap hasil kerjasama Perhilitan Perak dan Kelantan.

Beberapa media tempatan memaklumkan Pengarah Perhilitan Kelantan akan mengeluarkan kenyataan berhubung tangkapan harimau ini.

Isteri lihat suami diheret harimau ke dalam semak

Selasa lalu, seorang pemandu jentera berat, Adnan Ismail, 54, maut selepas diserang harimau di luar rumah kongsinya di Bagan Balak, Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli.

Kejadian berlaku antara jam 5 hingga 6 pagi ketika mangsa berusia 54 tahun itu hendak ke tandas.

Mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi dengan kesan kecederaan parah di leher dan kaki kiri.

Kejadian itu turut disaksikan isteri mangsa yang merupakan warga Thailand selepas terdengar bunyi harimau mengaum sebelum dia mendapati suaminya diheret haiwan liar itu ke dalam semak berhampiran.

Terbaharu Khamis lalu, seorang lelaki warga Myanmar menjadi mangsa kedua apabila mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Jeli-Gerik.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 300 meter dari rumah kongsi dan berdasarkan kesan corak darah di sepanjang laluan.

Mangsa dipercayai cuba melepaskan diri beberapa kali namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini .

Pemeriksaan di tubuh badan mangsa terdapat kesan kecederaan gigitan di leher dan rahang bahagian kiri serta kanan selain kesan cakar di belakang badan dan dada mangsa. – MalaysiaGazette

Lelaki Myanmar maut dibaham harimau di Jeli

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here