Seorang penunggang basikal berjalan melintasi deretan bendera parti yang bertanding ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Kampung Labut, Tenom, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan lebih awal sebelum penggal tamat pada Oktober 2025.

Perkara itu dinyatakan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

“Walaupun jeda waktu (PRN) akan tamat pada Oktober tahun hadapan, bacaan saya PRN Sabah mungkin diadakan lebih awal daripada Oktober.

“Selepas itu kita akan menghadapi PRN Melaka, dan Johor,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke 71 di Dewan SAN Choon, di sini.

Bulan lalu, Ahmad Zahid berkata UMNO secara prinsip sudah bersetuju supaya UMNO dan BN Sabah menjalin kerjasama untuk membentuk pakatan dalam menghadapi PRN akan datang.

Bagaimanapun jelas beliau, kerjasama itu hanya tertumpu kepada PRN Sabah sahaja.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan, PRN negeri itu boleh diadakan lebih awal sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here