KUALA LUMPUR- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menawarkan bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri Madani bagi kenderaan dengan harga minimum bermula RM100.

NPI Siri Madani telah diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diserahkan oleh Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia semasa Majlis Perasmian Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

NPI Siri Madani merupakan inisiatif kerajaan dalam menyokong agenda Madani Malaysia secara tidak langsung mempromosikan nilai madani yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam setiap Langkah kehidupan rakyat Malaysia.

Tawaran bidaan NPI Siri MADANI telah dibuka bermula semalam, 19 Oktober 2024 dan akan ditutup 23 Oktober 2024, jam 10 malam melalui Sistem JPJeBid.

Keputusan bidaan NPI siri Madani akan dikeluarkan pada 24 Oktober 2024 dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan
bidaan rasmi dikeluarkan.

Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid.

Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah
ditetapkan seperti ketetapan berikut:

Kategori harga bidaan minimum bermula:

Nombor utama RM 20,000
Nombor premium RM 5,000
Nombor menarik RM2,500
Nombor popular RM500
Nombor semasa RM100

Hasil penjualan NPI ini juga merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, Pembayaran Perkeso kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here