Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak pernah menaikkan kos rawatan hemodialisis dan tidak bercadang untuk menyemak mana-mana fi buat masa ini.

Penjelasan itu dibuat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai maklum balas hantaran tular di media sosial, baru-baru ini.

“Penularan mesej yang tidak tepat dan tidak bertanggungjawab ini seharusnya dihentikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tegas beliau, bayaran RM13 untuk satu sesi atau lazimnya RM169 sebulan bagi perkhidmatan hemodialisis tiga kali seminggu adalah bayaran sama sejak 2016.

Selain itu, perkhidmatan asas di fasiliti KKM juga kekal RM1 manakala perkhidmatan pakar RM5.

Hantaran palsu yang tular di media sosial.

-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here