SEGAMAT – Tuan rumah, Kolej Komuniti Segamat 2 mengesahkan gelaran Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Kolej Komuniti Negeri Johor selepas mengharungi perebutan sengit dalam sejarah kejohanan ini.

Kejayaan ini merupakan kali pertama sejak kejohanan ini dipertandingan pada tahun 2008 dengan mengumpul lima emas dan lima gangsa dalam lima jenis sukan yang dipertandingankan pada edisi kali ini.

Pengesahan kejuaraan Kolej Komuniti Segamat 2 sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Kolej Komuniti negeri Johor terpaksa ditentukan pada saat-saat akhir apabila sukan Woodball & Pentaque menjadi “penyelamat terakhir” buat pasukan tuan rumah yang sebelum ini bersaing hebat dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar yang membawa pulang empat emas dan satu Perak.

Seramai 290 atlet daripada Kolej Komuniti seluruh Negeri Johor menghadiri Kejohanan Sukan Kolej Komuniti Negeri Johor (KSKK) tahun 2024 kali ke-16 yang dirasmikan oleh Datuk Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap.

Kejohanan kali ini menghimpunkan 12 buah Kolej Komuniti Negeri Johor, antaranya:

• Kolej Komuniti Segamat 2,
• Kolej Komuniti Kluang,
• Kolej Komuniti Segamat,
• Kolej Komuniti Bandar Penawar,
• Kolej Komuniti Pasir Gudang,
• Kolej Komuniti Ledang,
• Kolej Komuniti Batu Pahat,
• Kolej Komuniti Pagoh,
• Kolej Komuniti Muar,
• Kolej Komuniti Kota Tinggi,
• Kolej Komuniti Tanjung Piai, dan
• Kolej Komuniti Bandar Tenggara

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti bukan sahaja dididik untuk sentiasa cemerlang dalam bidang akademik, malahan hebat dalam lapangan ko-kurikulum.

Pada edisi kali ini terdapat lima kategori sukan dipertandingkan, antaranya:
1. Sukan Petanque & Woodball: diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2
2. Sukan Bola Jaring: diadakan di SMK Dato’ Ahmad Arshad
3. Sukan Futsal: diadakan di Segamat Futsal Centre
4. Sukan Badminton: diadakan di Dewan RKAT, 4RAD Kem Segamat – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here