Mohd Na'im Mokhtar

IPOH – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar menghormati setiap pandangan berhubung Rang Undang-Undang Mufti Wilayah Persekutuan yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Katanya, semua pihak mempunyai pandangan masing-masing.

“Saya hormati pandangan semua orang. Masing-masing ada pandangan yang hendak disuarakan. Saya hormati,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Seminar Adabul Ikhtilaf di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini hari ini.

https://malaysiagazette.com/2024/10/16/ruu-mufti-dr-maza-anggap-menteri-agama-kurang-faham/

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berita kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengkritik RUU tersebut yang dijangka dibawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua dalam masa terdekat.

Mohd. Asri berkata, kebanyakan besar umat Islam tidak faham berkaitan ajaran Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.

Semasa menghadiri seminar yang diadakan di PUO, Na’im berkata, perbezaan pandangan dalam masyarakat Islam perlu diuruskan dengan baik supaya tidak memecahbelahkan umat. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

RUU Mufti: Ulasan terhadap titah DYMM Raja Perlis dan kritikan Mufti Perlis

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here