Anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)

KUALA LUMPUR- Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang bertugas di Meiss ej Jebel, Lubnan kini berdepan masalah kekurangan bekalan kritikal, termasuk air, susulan cabaran logistik yang semakin meruncing akibat peningkatan aktiviti ketenteraan di sepanjang Blue Line.

Dalam hantaran di platform X pada Ahad, UNIFIL memaklumkan bahawa situasi di kawasan terbabit mencapai tahap krisis kerana bekalan tidak dapat disalurkan sejak 29 September lalu akibat sekatan jalan dan pertempuran yang berterusan.

“Semalam (Sabtu), pasukan pengaman di Meiss ej Jebel kehabisan bekalan air selepas beberapa minggu tidak menerima bekalan semula. Akses ke pos-pos berhampiran Blue Line amat mencabar,” menurut kenyataan itu.

Kebanyakan pos UNIFIL mempunyai bekalan makanan dan air yang mencukupi untuk lebih 10 hari, namun pos di Meiss ej Jebel tidak menerima sebarang bekalan sejak akhir September disebabkan jalan yang terhalang.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here