Illustrative: The US military deploys a THAAD missile defense system in Israel, March 2019. (US Army Europe/File)

TEL AVIV – Amerika Syarikat (AS) menghantar bateri pertahanan udara canggih kepada rejim zionis untuk melindungi negara itu termasuk memasang sistem pertahanan peluru berpandu, Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) di Israel.

Menurut The Times of Israel, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin berkata, bateri pertahanan peluru berpandu yang baru-baru ini dihantar oleh tentera AS untuk melindungi Israel kini “ditempatkan” di negara Yahudi itu.

Bercakap di Kyiv, sekutu kuat Israel itu enggan menyatakan sama ada THAAD telah beroperasi tetapi dia menambah:”Kami mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya dengan cepat dan kami mengikut jangkaan kami.”

Kira-kira 100 tentera AS dijangka dikerahkan untuk mengendalikan sistem itu, yang dianggap sebagai sistem pelengkap kepada sistem Patriot tetapi boleh mempertahankan kawasan yang lebih luas, mampu mencecah sasaran pada jarak 150-200 kilometer.

Setiap bateri terdiri daripada enam pelancar yang dipasang trak, 48 pemintas, peralatan radio dan radar, dan memerlukan 95 askar untuk beroperasi.

Israel dilaporkan kini bersiap sedia unuk membalas serangan yang dilakukan oleh Iran pada 1 Ogos lalu menembak kira-kira 200 peluru berpandu balistik.

Laporan menunjukkan bahawa pegawai AS percaya Israel telah mengecilkan senarai kemungkinan sasarannya kepada infrastruktur ketenteraan dan tenaga di Iran.

Reaski Iran itu sebagai tindak balas kepada serangan Israel di Lubnan bulan lepas yang membunuh kepimpinan tertinggi kumpulan pejuang Hizbullan dan letupan pada Julai di Tehran yang membunuh ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Penempatan sistem pertahanan AS di Israel, termasuk kakitangan ketenteraan di lapangan, memperdalam penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik selepas setahun ia menawarkan sokongan dari luar sempadan negara.

Sebelum ini media Israel melaporkan, Mejar Jeneral Pat Ryder, jurucakap Pentagon, dalam satu kenyataan berkata, Austin membenarkan penempatan bateri THAAD atas arahan Presiden Joe Biden.

Sistem itu akan membantu memperkuat pertahanan udara Israel berikutan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel pada April dan Oktober.

Israel dilaporkan telah membunuh lebih 42,000 penduduk Palestin kebanyakan bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua di Gaza dan Tebing Barat selain membunuh lebih 2,000 orang di Lubnan.-MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here