Khidmat anjing pengesan (K9) bernama 'Pop' digunakan Bomba Pahang dalam SAR lelaki yang jatuh sungai di Jeti Batu 3, Kampung Kurnia, Kuantan semalam.

KUANTAN –  Bomba Pahang menggunakan unit anjing pengesan (K9), Frankie dan Pop pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang jatuh sungai di Jeti Batu 3, Kampung Kurnia, di sini, hari ini.

Salah seekor anjing unit pengesan itu iaitu Pop dibawa menaiki bot bomba pada pukul 10 pagi manakala Frankie menyertai SAR kira-kiea sejam kemudian.

Semalam, Pegawai Perhubungan Awam, JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria dalam kenyataannya memaklumkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu yang membabitkan seorang lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun.

Susulan itu, seramai enam anggota, seorang pegawai dan empat anggota Unit PPDA daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dikerahkan ke lokasi.

Zulfadli memberitahu, operasi menyelamat disambung semula pukul 8 pagi ini setelah mangsa gagal ditemui selepas SAR berakhir jam 7 malam semalam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here