Mayat lelaki yang terjun Sungai Belat kelmarin ditemukan orang awam kira-kira 3.5 kilometer di pesisiran sungai berhampiran jambatan baru LKIM kemunting.

KUANTAN – Mayat lelaki yang mati lemas setelah terjun ke Sungai Belat di Kampung Kurnia, di sini ditemukan orang awam pada pukul 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang dikenali dengan panggilan Achik itu ditemui di pesisiran sungai berhampiran jambatan baru Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting.

“Lokasi penemuan mayat terletak kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dan hasil pengecaman oleh ahli keluarga telah mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang lemas,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

Jelas Wan Mohd Zahari, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, rakan mangsa yang dikenali sebagai Lie sempat menyelamatkan diri dengan berenang dan berpaut di kapal yang berada berhampiran.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan rakannya itu telah bertindak terjun ke dalam sungai bagi mengelak ditangkap oleh pihak polis yang kebetulan menjalankan rondaan di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau memaklumkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan bermula 11 pagi semalam namun terpaksa ditangguh pukul 7 malam memandangkan keadaan cuaca gelap dan air pasang.

Bagaimanapun, operasi hari kedua bersambung 8 pagi tadi di mana mayat mangsa ditemukan orang awam pukul 2.30 petang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bomba guna khidmat Frankie dan Pop cari mangsa lemas

 

MGNews : Terjun Ke Dalam Sungai Kerana Sangka Dihampiri Kenderaan Polis

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here