KUALA LUMPUR – Datuk Dr Ramli Mohd Nor menegur dua Ahli Parlimen pembangkang gara-gara berbual ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.
Timbalan Speaker itu membuat teguran tersebut terhadap Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Jan.
“Yang berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Tasek Gelugor, kalau nak berbicara di dalam ini, di luar,” katanya ringkas tanpa diketahui sama ada perbualan kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan menggangu perjalanan sidang, pagi ini.
Teguran itu diberikan oleh Mohd Nor ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjawab soalan tambahan yang dikemukan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berhubung Akta Penggubalan semula bandar.
Lantaran daripada teguran tegas itu, Kor Ming kemudian bangkit sambil berkata, jawapan yang diberikan bagi menjawab pertanyaan Muttalib, tergendala.
Beliau kemudiannya mengakhiri ucapannya itu.
“Saya rasa saya pun dan terangkan dengan seterang-terang, maka tak payah bersuluh jika sudah terang,” ujarnya. – MalaysiaGazette