Gambar hiasan

Teguran daripada Bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Shahrin Tamrin berhubung salah faham masyarakat mengenai fungsi lintasan belang (zebra crossing).

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Di sini saya ingin menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Video yang dihasilkan #DBKL dan diletakkan di Facebook DBKL ini adalah satu makluman yang salah kepada orang ramai.

Adalah tidak benar bahawa warna ‘zebra crossing’ (lintasan belang) menentukan siapa berhenti dulu atau siapa boleh gerak dahulu.

Ini adalah tanggapan salah yang telah lama berlaku di media sosial.

Yang sebenarnya, pemandu dan penunggang kenderaan wajib berhenti dan beri keutamaan kepada pejalan kaki tidak mengira warna ‘zebra crossing’.

Mohon DBKL selaku PBT yang paling besar di Negaraku memberi maklumat tepat kepada orang ramai dengan memeriksa fakta terlebih dahulu dengan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Mohon DBKL juga semak undang-undang dan peraturan berkaitan lintas pejalan kaki dan hak pejalan kaki.

Penjelasan mengenai fungsi lintasan kuning

 

 

-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here