Tiga kenderaan terbakar dengan dua daripadanya kereta jenis Proton Persona dan Audi yang musnah terbakar 100 peratus.

KUALA LUMPUR – Tiga buah kenderaan terbakar dalam nahas di Kilometer (KM) 4.4 Lebuh Raya Klang Baru (NKVE) di Shah Alam petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 3.38 petang.

Susulan itu, seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat tiga kenderaan terbakar melibatkan tiga mangsa di setiap kenderaan masing-masing. Semakan mendapati, dua daripadanya kereta jenis Proton Persona dan Audi musnah terbakar 100 peratus.

“Manakala sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbakar sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbakar sebanyak 50 peratus. Foto JBPM Selangor.

Tambah beliau, kesemua mangsa yang cedera dan status kecederaan mereka tidak diketahui kerana telah dihantar ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Katanya lagi, semua nombor pendaftaran kenderaan terlibat telah dikenal pasti dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pukul 5.20 petang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here