Sebuah menara radio yang rosak teruk dirakam dalam foto yang disediakan oleh Jabatan Bomba Houston selepas sebuah helikopter terhempas ke menara itu pada Ahad malam, mengakibatkan beberapa kematian. Foto ihsan Jabatan Bomba Houston/X

WASHINGTON – Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan pihak berkuasa.

Kejadian berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan berhampiran persimpangan Engelke Street dan North Ennis Street di Houston.

Datuk Bandar John Whitmire dalam sidang media memaklumkan bahawa insiden itu disaksikan oleh anggota bomba tempatan yang segera bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa terdapat empat individu di dalam pesawat itu, namun tidak memberikan angka korban yang tepat dan hanya mengesahkan beberapa orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak. – BERNAMA-UPI

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here