KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengakui dia lebih tertarik dengan lelaki Indonesia berbanding lelaki tempatan.
Pemilik nama Nur Ameera Abul Halim Khan berkata, lelaki Indonesia lebih romantik dan lembut pertuturannya apabila berbicara dengan wanita.
“Saya mengenali ramai lelaki Malaysia yang baik. Tetapi, lelaki Indonesia lebih lembut dan manis pertuturannya, sangat penyayang dan memahami serta mengambil berat.
“Mereka tidak toksik dan amat menghormati wanita. Malahan nama panggilan yang mereka berikan juga sangat romantik.
“Hai cinta. Apa yang kamu sedang buat cinta hatiku. Saya sangat suka cara panggilan itu,” katanya pada sesi siaran langsung dalam akaun media sosialnya, baru-baru ini.
Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa itu turut memaklumkan beliau masih belum menemui cinta sejati dan masih lagi dalam proses mencari.
“Saya masih muda, baru 23 tahun. Saya tak boleh terus berkata ‘dia jodoh saya’ apabila baru berjumpa seorang lelaki.
“Kita perlu mengenali beberapa orang lelaki dan menilai sama ada dia mempunyai potensi dan ciri yang kita mahukan sebagai teman.
“Ada sahaja lelaki yang saya kenal tetapi tiada usaha dan tidak boleh pakai langsung,” tambahnya.
Ameera sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon, Meerqeen dan aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol.
Baru-baru ini dia telah berkongsi satu foto mesra dengan seorang jejaka di London. – MalaysiaGazette