KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan audit terhadap semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan bagi melihat prestasi masing-masing, termasuk menyemak jika belaku pelanggaran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta Ketua aAdit untuk campur tangan bagi memantau syarikat dan agensi terbabit sehingga di peringkat bawah.
Katanya, langkah itu perlu bagi mengelak kecelaruan dan kerugian yang berterusan tahun demi tahun.
“Saya harap ia akan jadi kejutan kerana kadang-kadang pelanggaran itu masih berterusan dibeberapa peringkat dan tidak ada jalan lain melainkan kita jalankan audit pada setiap hujung tahun,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu bagaimana cara kerajaan mekasanakan jawatankuasa pilihan bagi memilih individu untuk dilantik ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui CLC, GLIC dan agensi-agensi kerajaan.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, walaupun beliau menerima kenyatan bahawa mereka yang dipilih tidak boleh disamakan semuanya dengan CEO di syarikat swasta, tetapi sebahagian besar berpotensi dalam pelaburan.
Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan juga telah menghentikan sistem pemberian bonus tahunan dan ia hanya diberi berdasarkan prestasi, ujarnya.
“Walaubagaimanapun, dari segi presatasi harus dinilai syarikat-syarikat yang tidak mencatat keuntungan atau pengurusann yang lemah tidak harus beranggapan bahawa mereka akan terus diberi bonus
“Selama ini saya lihat enam bulan, lapan bulan bonus dianggap sebagai satu perkara biasa…ini sudah kita hentikan sejak tahun lalu.Mereka juga perlu mengambil kira bahawa mereka dipilih untuk memenuhi tanggungjawab,” ujarnya.
Menjawab cadangan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta supaya peneraju syarikat atau agensi kerajan dipilih dalam kalangan individu daripada syarikat swasta yang berintegriti dan bukan dalam kalangan lantikan politik atau pegawai kerajaan yang masih bertugas dan bersara, Perdana Menteri berkata, pelantikan itu dibuat melalui proses tertentu dengan melibatkan beberapa agensi berkaitan.
Tambahnya, ia bertujuan bagi memastikan rekod mereka bersih dan boleh dipertahankan.
“Keduanya, mereka yang dilantik itu adalah profesional, adakah mereka lantikan politik, itu bukan soal. Siapa yang layak kita tak diskriminasi, orang politik atau bukan. Tapi syaratnya mestilah golongan profesional,” ujarnya. – MalaysiaGazette