Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tempatan, Nga Kor Ming melawat tapak pameran sempena Majlis Perasmian International Fire Conference and Exhibition Malaysia 2024 (IFCEM 2024) di Plenary Hall, Level 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AIZAT ZAINAL, 22 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 projek Jabatan Bomba dan Penyelamatan (JPBM) diluluskan pada tahun depan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1,092,779,707.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia merangkumi 22 projek baharu berjumlah RM391,575,000 dan 48 projek sambungan bernilai RM701,204,707.

Menurut beliau, projek lain melibatkan melalui pembinaan enam buah balai bomba baharu dengan peruntukan sebanyak RM 66.8 juta.

“Balai tersebut adalah Balai Bomba dan Penyelamat Desa Petaling, Kuala Lumpur; Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Enstek, Negeri Sembilan dan Balai Bomba dan Kuarters Engkelili, Sarawak.

“Balai baharu lain adalah Balai Bomba dan Penyelamat Dalat juga di Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat Sepanggar dan Balai Bomba dan Kuarters Kota Kemuning, masing-masing Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Dan Pameran Kebakaran Antarabangsa Malaysia 2024 (IFCEM 2024) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tempatan, Nga Kor Ming bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian International Fire Conference and Exhibition Malaysia 2024 (IFCEM 2024) di Plenary Hall, Level 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AIZAT ZAINAL, 22 OKTOBER 2024.

Mengulas lanjut, Kor Ming menambah, kerajaan juga menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan anggota bomba melibatkan permasalahan perumahan yang dihadapi selama ini.

Kata beliau, ia khususnya melibatkan di kawasan-kawasan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dalam mendapatkan kediaman yang selesa di mana telah diberi perhatian serius apabila diluluskan sejumlah 250 unit kediaman kuarters berjumlah RM174.1 juta.

Ujarnya, lokasi terbabit adalah 130 unit kuarters Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kemuning, Selangor, 48 unit kuarters Paya Terubong di Pulau Pinang dan 72 unit kuarters di Labuan

“Selain itu, isu kritikal bagi penggantian kenderaan lama juga telah diberi perhatian
dengan begitu baik apabila diluluskan perolehan 231 kenderaan baru dengan
peruntukan berjumlah RM40 juta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tempatan, Nga Kor Ming Merasmikan International Fire Conference and Exhibition Malaysia 2024 (IFCEM 2024) di Plenary Hall, Level 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AIZAT ZAINAL, 22 OKTOBER 2024.

“Ia membabitkan perolehan 200 unit kenderaan ringan operasi bagi kegunaan kecemasan
dan kerja lasak, 26 unit Light Fire Forensic Vehicle (LFFV), penggantian lima unit jentera khas K9 (Canine Rescue Tender),” katanya.

Kor Ming memberitahu, perolehan lain juga disokong dengan penggantian peralatan Personal Protective Equipment (PPE) berjumlah RM9.7 juta selain terdapat juga peruntukan khusus yang diberikan bagi penyelenggaraan kenderaan melibatkan peruntukan berjumlah RM33.69 juta.

“Ini juga termasuk penyelenggaraan besar dan naik taraf balai bomba berusia lebih 50
tahun berjumlah RM 31.7 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham bin Mohammad berucap pada Majlis Perasmian International Fire Conference and Exhibition Malaysia 2024 (IFCEM 2024) di Plenary Hall, Level 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AIZAT ZAINAL, 22 OKTOBER 2024.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here