Barisan pelakon bersama para pengarah dan penulis Novel 'Mereka yang Tertewas' selepas tayangan perdana filem itu di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, tadi.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bukan sahaja memerlukan ketahanan mental tetapi mereka juga perlu ilmu, kemahiran termasuk komunikasi yang efektif dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Menurut Timbalan Menteri Agama, Professor Dr. Zulkifli Hassan, cabaran utama yang dihadapi pendakwah adalah menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat.

“Kebanyakkan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri terutamanya dalam era media sosial dan kecerdasan buatan (AI), dua platform yang semestinya membantu pendakwah mencapai lebih ramai individu terutamanya golongan muda.

“Kemahiran teknologi baharu ini perlulah dikuasai supaya gaya dan cara penyampaian dakwah mereka relevan dengan kehendak zaman moden,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas tayangan perdana ‘Mereka yang tertewas’ di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, medium filem dan karya seni juga dapat menjadi medium bagus untuk menyebarkan dakwah.

“Filem yang baru dipertontonkan tadi itu bukan setakat menyampaikan hiburan tetapi mendidik jiwa untuk mendalami dan menyedari kepentingan beragama dalam kehidupan seharian.

“Oleh itu, saya sarankan lebih banyak karya-karya seni berunsur dakwah dihasilkan di Malaysia. Jika mereka terus bersifat konservatif, mereka mungkin akan ketinggalan dalam penyebaran dakwah.

“Adaptasi terhadap teknologi baharu adalah satu keperluan kritikal terutamanya dalam memastikan dakwah Islam kekal relevan dan mencapai semua lapisan masyarakat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast