Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan GISBH Sdn. Bhd. (GISBH) sebagai ajaran sesat ke-17 yang diharamkan di negeri itu.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis fatwa negeri itu memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaahnya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

“Sebelum ini kumpulan al-Arqam melalui syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd yang lebih kurang juga. Tapi kita tidak boleh putuskan sekaligus tidak menyeleweng maka GISBH itu sama atau tidak.

“Jadi kita buat penyelidikan tersendiri. Jadi sebenarnya Rufaqa’ lain, GISBH lain,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Beliau berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS) akan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa tersendiri.

Ia bagi membincangkan hal atau isu yang berhubung dengan akidah, syariah termasuk hal halal dan sebagainya.

Kerjasama itu menurut beliau melibatkan agensi seperti Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam (JaPHEIS) yang melibatkan agensi seperti JHEAINS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Tambah Mohd. Arifin, perkara itu akan diselaraskan setiausahanya, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here