Lakaran laluan perjalanan di Pekan sempena siaran lintas langsung Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah di Dataran Pekan.

KUANTAN – Sebanyak dua laluan di sekitar daerah Pekan akan ditutup bermula jam 9.30 malam ini sehingga 10 pagi 28 Oktober ini.

Dua laluan tersebut ialah Jalan Sultan Abu Bakar di lampu isyarat Tabung Haji dan Jalan Mahkota menghala ke Jalan Sultan Abu Bakar.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan memaklumkan, penutupan itu bagi memberi laluan kepada siaran lintas langsung Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah di Dataran Pekan.

Berikutan itu orang ramai disaran merancang perjalanan dan mengikuti lakaran yang dikeluarkan IPD Pekan berkenaan penutupan jalan bagi memudahkan pergerakan.

Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan telah berlangsung di Istana Abdulaziz, di sini bermula semalam.

Istiadat Akad Nikah pasangan pengantin diraja akan dilangsungkan esok di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada pukul 8 malam, manakala Istiadat Berinai pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pula pada 27 Oktober waktu sama.

Sepanjang istiadat tiga hari tersebut, orang ramai boleh menonton siaran langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Dataran Pekan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Istiadat Perkahwinan Putera Sultan Pahang bermula esok

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here