Proses lelongan awam kenderaan lucut hak di Kompleks JPJ negeri Pahang hari ini

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengutip sebanyak  RM51,000 hasil lelongan awam kenderaan lucut hak di Kompleks JPJ negeri di sini.

Menurut Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, lelongan siri pertama tahun ini hanya melibatkan 23 kenderaan terdiri daripada 11 buah motosikal, lapan kereta serta kenderaan pelbagai guna dan sebuah pikap.

Daripada kesemua kenderaan tersebut, sebuah pikap kenderaan adalah kenderaan lupus yang tidak boleh dilesenkan iaitu sebuah pikap dengan jumlah bidaan minimum pada lelongan kali ini RM1,300.

“Sebanyak 21 buah kenderaan berjaya dilelong dengan bidaan tertinggi berjumlah RM23,700.00 membabitkan sebuah MUV Honda Stream tahun 2007 yang dibuka pada harga bidaan RM11,600.00,” katanya.

Sementara itu, dua buah motosikal buatan Demak EX90 tahun 2012 pula mencatat bidaan terendah kali ini iaitu dengan nilai sebanyak RM250.00.

JPJ Pahang mencatat kutipan sebanyak RM242,970.00 pada siri lelongan pada 10 Julai lepas melibatkan 84 kenderaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here