Restoran minuman popular, Starbucks lengang akibat rakyat Malaysia terutamanya masyarakat islam melakukan kempen memboikot produk yang berkaitan dengan Israel berikutan peperangan yang berlaku di Palestin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2023.

NEW YORK – Saham Starbucks merosot 3.92 peratus di Bursa Saham New York selepas syarikat gergasi kopi itu melaporkan bahawa jualannya merosot untuk suku kedua berturut-turut.

Syarikat itu melaporkan pendapatan sebanyak AS$9.1 bilion, turun 3.2% daripada suku sebelumnya.

Berikutan prestasi tersebut, Starbucks merekodkan pelarasan awal sebanyak 80 sen sesaham.

Keputusan suku tahunan penuh Starbucks akan diterbitkan pada 30 Oktober.

Ketua Pegawai Eksekutif Brian Niccol dalam satu kenyataan berikrar membaik pulih strategik untuk memulihkan syarikat itu.

“Prestasi suku keempat menjelaskan bahawa kami perlu mengubah strategi supaya syarikat boleh kembali kepada pertumbuhan dan itulah yang kami lakukan dengan rancangan ‘Back to Starbucks’.

“Saya percaya keadaan ni boleh diperbaiki dan kami mempunyai kekuatan yang ketara untuk membina semula,” tambahnya.

Niccol mengambil alih rantaian itu bulan lepas, selepas pemberhentian mengejut Laxman Narasimhan pada bulan Ogos, yang telah memegang jawatan ketua pegawai eksekutif selama 16 bulan sahaja.

Syarikat itu berkata, prestasi itu “pendapatan terhad di Amerika Utara pada suku tersebut,” khususnya penurunan enam peratus dalam jualan kedai setanding AS, didorong oleh penurunan 10 peratus dalam transaksi setanding tetapi sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan empat peratus dalam transaksi purata.

Walaupun pelbagai promosi yang diperkenalkan oleh syarikat “tidak meningkatkan tingkah laku pelanggan”, kata Starbucks.

Kedudukan itu juga ‘menderita’ di China, yang mana jualan kedai merosot 14 peratus, “dibebani oleh persaingan yang semakin sengit dan persekitaran makro yang sukar sekali gus memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna,” kata Starbucks.

Sehingga akhir Jun, jualan di Amerika Syarikat dan China, masing-masing dengan jumlah premis sebanyak 16,730 dan 7,306 kedai, menyumbang 61 peratus daripada semua kedai kopi Starbucks di seluruh dunia. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here