Khlir Mohd Nor

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang mendakwa perbentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu tidak memberikan berita gembira kepada bekas Anggota Tentera Malaysia (ATM).

Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berkata walaupun sudah tiga kali belanjawan tahunan dibentangkan oleh kerajaan perpaduan namun golongan veteran masih kecewa kerana tiada apa-apa manfaat kepada pesara ATM.

“Sehingga kini sudah tiga kali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan tapi malangnya tidak ada satu pun yang boleh menggembirakan 78,546 orang veteran ATM.

“Tidak menggembirakan langsung malah kecewa dan sedih serta marah kerana hak mereka tidak diberikan perhatian oleh Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri dan Menteri Kewangan.

“Pelaksanaan pencen tidak dibuat, sudah 11 tahun mereka tunggu kerajaan menyelesaikan pelaksanaan pencen kerana itu hak mereka berdasarkan undang-undang,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bercakap bagi pihak pesara ATM, Khlir menggesa agar kerajaan agar dapat menyelesaikan isu bantuan sara hidup kepada veteran yang berpencen.

“Saya harap biar ini kali terakhir saya bercakap mengenai penyelarasan pencen, biar kita bincang dan buat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here