Daripada 37 warga asing yang itu terdiri daripada 24 lelaki dan 14 perempuan, turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis terbabit berusia 41 tahun bagi membantu siasatan. - Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Beroperasi tanpa lesen, sebuah kilang kitar semula digempur dalam Op Lusuh Bersepadu di Jalan Sungai Pinang, Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang, Selangor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah menahan 37 pekerja warga asing yang berusia 20 hingga 49 tahun.

Operasi itu bermula jam 10.30 pagi turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandarya Diraja Kklang (MBDK) da Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Daripada 37 warga asing yang itu terdiri daripada 24 lelaki dan 14 perempuan, turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis terbabit berusia 41 tahun bagi membantu siasatan.

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen dan 1959/63 , Seksyen 6(1)(c) akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan -Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pihak MBDK turut mengeluarkan empat kompaun ke atas penjaga premis atas kesalahan menyimpan dan memproses logam, tiada lesen iklan dan pejabat urusan.

Tegasnya, Ops Lusuh Bersepadu itu akan diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa agar tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here