Foto: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima laporan beberapa kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 10 malam tadi dan lapan kakitangan Perhilitan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kakitangan Perhilitan telah menghalau kesemua gajah dengan menggunakan kaedah tembak dan halau.

“Dianggarkan kira-kira 25 hingga 30 ekor gajah berada di tempat kejadian ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya lima buah kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian kira-kira 9 malam.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast