Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara asing ditemukan terbaring dengan 16 kesan tikaman dalam sebuah rumah kedai berhampiran Taman Abad di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Lim Jit Huey berkata, satu aduan berhubung kejadian itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS pukul 7.25 malam.

“Siasatan awal daripada laporan polis dibuat orang awam itu, mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 50 tahun berada dalam keadaan terbaring.

“Terdapat lebih 16 kesan luka kecederaan tikaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak polis kini giat mengesan supek dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta 12 sebatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi talian hotline IPD JBS menerusi 07-2182323,” katanya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here