Maritim menahan lapan nelayan yang sedang berkhayal bawah dipercayai bawah pengaruh dadah di kawasan perairan Mersing, awal pagi semalam.

MERSING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan lapan nelayan yang sedang khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah di kawasan perairan daerah ini semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua mereka ditahan pukul 3 pagi dalam Op Kaksa dan Op Tiris.

“Semua individu melibatkan tujuh warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 37 hingga 55 tahun yang merupakan kru tiga kapal nelayan tempatan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine serta morfin.

“Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 bawah Seksyen 15(1)(a), jika disabitkan kesalahan didenda RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara sehinga dua tahun.

Sementara itu, Suhaizan menegaskan, operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Katanya, masyarakat terutama komuniti Maritim juga diminta memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku yang berlaku di perairan negara menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here