Tangkap layar yang memaparkan kemalangan di di Jalan Lembah 20, Taman Desa Jaya, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Tular kejadian sebuah kereta Toyota Vios merah melanggar pelajar sekolah yang menunggang motosikal bersama-sama bapanya di Jalan Lembah 20, Taman Desa Jaya di sini.

Video berdurasi 55 saat itu mendapat kecaman warganet kerana disangka pemandu kereta tersebut melanggar lari dua beranak itu.

Kejadian sebenar adalah pemandu berumur 63 tahun itu telah memberhentikan kenderaannya kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian dan berjalan kaki ke kawasan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan berlaku pukul 6.20 petang pada Ahad lalu.

“Kejadian berlaku semasa pemandu kereta lelaki warga tempatan sedang memandu dari Taman Desa Jaya menghala ke Taman Johor Jaya. Sampai di persimpangan semasa hendak keluar simpang, pemandu terbabit terlangar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki mangsa yang bergerak lurus.

“Akibat kemalangan itu penunggang motosikal lelaki tempatan berumur 42 tahun dan pembonceng berumur 12 tahun mengalami cedera ringan.

“Pemandu kereta terbabit telah meletakkan kenderaan lebih kurang 300 meter dan berjalan kaki menuju lokasi kemalangan.

“Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, pihak terlibat juga telah membuat laporan polis dan memberi kerjasama semasa siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat dibawah rule 3 (2) (B) LN 166/57.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here