Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Nardeep Kaur

KUANTAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berbangsa Sikh yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan mangsa dikatakan hilang dibuat oleh ibu saudaranya pada jam 11 pagi 24 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Nardeep Kaur, 38, dilihat kali terakhir berada di Taman Saga dekat Bentong.

”Mangsa berkulit hitam manis, dan memakai T-Shirt putih berseluar panjang ketika kali terakhir ditemui.

”Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis di bawah pentadbiran IPD Bentong. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here