Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bercakap kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) Tahun 2024, di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 25 OKTOBER 2024

PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dicadangkan untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengeluaran unsur nadir bumi (REE).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu disyorkan berdasarkan hasil pengalaman yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

“Daripada pengalaman siasatan kita, REE ini tiada SOP sebenarnya, sebab bila nak keluarkan lesen, dulu dah tetapkan pada mineral tertentu, tapi REE tiada.

“Saya ambil contoh pengeluaran bauksit, dahulu bauksit itu sendiri tiada SOP. Kemudian baru diwujudkan SOP khas terutamanya mengenai bila nak keluarkan lesen perlombongan berkenaan,

“SOP ini perlu, kalau tidak ada semua orang boleh melombong tanpa kebenaran dan ia satu perbuatan mencuri, salah guna dan sebagainya. Sebab itu perlu ada sop yang jelas kemungkinan melibatkan penilaian impak alam sekitar (EIA),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) Tahun 2024, di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Palam majlis itu, Majlis Sukan Politeknik Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Kedah diumumkan sebagai penerima anugerah APTA.

Mengulas lanjut katanya, SOP berkaitan mineral termasuk REE tidak termasuk dalam 422 syor penambaikan hasil daripada tatakelola dilaksanakan SPRM.

“Saya tidak kata SOP sedia ada (berkaitan mineral) adalah lapok, cuma memerlukan penambahbaikan sahaja supaya pengeluaran mineral jadi lebih spesifik.

“Ini penting kerana mungkin esok kita akan jumpa lagi mineral-minreal baharu selain emas, bijih timah, bijih besi, bauksit dan lain-lain,” ujarnya. – MalaysiaGazete

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here