Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bercakap kepada media selepas hadir ke Majlis Perasmian Dewan Serbaguna IPD Klang Selatan ketika di Balai Polis Pandamaran Klang. Foto MOHD ADZLAN, 25 OKTOBER 2024.

KLANG – Polis masih mengesan dua suspek sindiket pelacuran yang terlibat dalam kes culik kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang pada 8 Oktober lalu.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan melibatkan enam suspek yang dipercayai cuba menculik kanak-kanak tersebut telah dilengkapkan.

“Keenam-enam suspek telah ditangkap oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di bawah Seksyen 375B dan 377C Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua kertas siasatan telah selesai dan kita tunggu rujuk kepada Timbalan Pendakwah Raya (TPR) awal minggu depan,” katanya ketika ditemui Majlis Perasmian Dewan Serbaguna IPD Klang Selatan, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong.

Katanya lagi, enam suspek yang direman sehingga 30 Oktober ini akan diserahkan kepada Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

“Selepas itu kita akan tuduh mereka di Selangor,” tambahnya.

Sebagai rekod, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, 8 Oktober lalu, dipercayai menjadi mangsa cabul serta cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.

Mangsa bagaimanapun kanak-kanak itu berjaya dijumpai kira-kira jam 2.30 petang, 12 Oktober.

Siasatan mendapati ketika kejadian berlaku ketika mangsa menaiki sebuah kereta bersama empat suspek termasuk seorang wanita yang dikenalinya.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke sebuah pangsapuri di Setia Alam, Shah Alam.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here